bergossip tanpa dosa

bergossip tanpa dosa

Thursday, May 23, 2013

kisah cintan


semalam aku baru putus cinta
mestilah sedih tapi kali ni hebat sikit la
tak menangis
heran jugak sebab air mata macam tak nak jatuh pun
nak jugak menangis baru release sikit
tapi tak mahu pulak keluar
hati kebal dan cekal sungguh!
putus sebab dia curang,curang dengan orang yang sama
mungkin sebab kali kedua kan
sebab tu aku tak menangis
sebab macam dah ready nak kecewa
aku ingat bagi peluang kedua dia hargai la
rupanya sama
jadi mestilah takde lagi peluang ketiga kan
tapi aku perasan la kadang-kadang aku termenung
sebab dalam hati tanya "kenapa kena jadi lagi"
"kenapa aku susah bahagia"
"kenapa bla bla bla"
kadang-kadang termenung muka pun masam
muka aku ni kalau masam kalah cuka
sebab tu aku lagi suka menangis 
sebab bila aku menangis cepat sikit aku lupa
tapi buat hal sangat sampai xnak menangis
normal lagi ke aku ni?
sebenarnye kan aku bengang je
sebab aku kena tipu,tipu dengan lelaki yang tak sepatutnya
oh my..aku kenal dia kot tapi terkena jugak
dia bukan hensem pun,memang tak masuk
dalam jejaka idaman aku lah
tapi tu la dah tersuka muka pecah rumah pun
aku sangkut..dah la muka pecah rumah perangai
x mengangak jugak
ok lah,tambah dosa
see u all/...daa~~

Thursday, March 21, 2013

meniaga online

ASSALAMMUALAIKUM..hai

saja nak share sedikit pengisian buat korang
oh ya,sihat kah semua?? :D
minggu lepas aku ada beli satu produk ni melalui 
onlien,betulla orang kata tak semua orang boleh meniaga
kenapa aku kata macam ni?
okey aku tak cakap aku bagus,tapi
aku nak share sedikit tips untuk korang yang
akan atau berminat nak memulakan perniagaan
ONLINE~~

1-----> TOLONG RESPOND DENGAN CEPAT
*make sure korang tinggalkan no hp utk mudah 
dihubungi kalau korang tak online laptop
ini disebabkan terdapat pelbagai ragam pembeli korang
ada yg sanggup tunggu respond korang walaupun lambat
tapi mcm aku,aku x suka penjual yg respond lembab 
kecuali aku memang nak sangat produk tu
lagi satu respond dengan cepat bila customer korang notis
yang dia dah buat payment..ini untuk meningkatkan
keyakinan pembeli yang korang ni bukan penipu

2-----> JANGAN CIPLAK HAK MILIK ORANG LAIN!
*ni memang pantang bagi sesetengah peniaga..
untuk meniaga korang kene kretif untuk hasilkan sesuatu
yang boleh buat org tertarik utk try produk korang
walaupun produk tu banyak saingan..jadi
kalau korang dah penat-penat buat ikut kretiviti produk tu,siap
letak watermark semua,tetiba ada orang copy tanpa izin,
apa korang rasa??/MARAH kan...so macam tulah jugak orang lain
so jangan senang-senang nak copy right org punya
USAHA SIKIT!

3----> BUAT PERGHANTARAN SEPERTI YG DIJANJIKAN
*ok yg ni memang banyak sangat jadi..janji nak pos isnin
tapi pos rabu,so kalau macam ni la sikap korang yang main 
suka-suka hati nak postpone penghantaran tanpa alasan
munasabah,korang rasa korang akan beli lagi tak dengan 
orang yg macam tu?dan..kalau betul korang ada masalah utk pos barang
tu,bagitahu awal-awal,jangan biar sampai customer yang tanya
"barang saya dah pos?' and u can simply answer 
"alamak sorry,stock habis lah,esok sy pos ya" WTH
korang boleh buat customer bengang tahu x?
please...inform customer if korang terpaksa melanggar janji
semasa urusan jual beli..diorang bagi duit pada kita,jadi diorang
ada hak nak marah!

4----> BIASAKAN DENGAN PERKATAAN MAAF
*memang ramai yang x pandai nak cakap benda ni
tengok orang cina meniaga,diorang akan layan customer
ibarat RAJA/KING/PUTERI,,.and korang mesti akan
nak beli lagi..so macam tulah jugak,kalau korang ada silap
atau bukan silap korang pun PLEASE BE NICE TO YOUR
CUSTOMER...
dah kalau korang ada hal,lambat respond,silap hantar barang,
stock habis,demam atau apa SAHAJA,ringankan tangan utk
taip perkataan MAAF..aku banyak beli online,peniaga
layan kita sambil lewa,sampai aku penah berkeras mintak
balik duit aku dengan seorang peniaga ni atas cara layanan dia 
yang mcm x best..korang nak ke customer buat mcm ni kat korang??
dan korang rasa customer tu akan datang beli barang dengan 
korang lagi?memang tak lah kalau aku.!

okey...itu adalah sedikit tips yang aku boleh share
ni atas pengalaman aku sebagai pembeli
dan aku tahu mcm mana pembeli nak
jadi kalau korang memang sayang dengan perniagaan korang
insyaALLAH amalkan tips2 tu..aku dh cuba dan 
ALHAMDULILLAH tak pernah lagi customer 
minta return duit kecuali masalah dari pos laju yang
suka hati tertukar barang dan pos lambat..
manusia semua tak sempurna kan
sebagai pembeli dan penjual kena lah sentiasa bertolak
ansur..tapi masing-masing janganlah lebih-lebih nak tunjuk
lagak..SEKIAN DULU.. >_<

Saturday, February 16, 2013

Saturday evening

hello semua
hari sabtu yang indah hari ni
rasa seronok kalau keluar dan dating
tapi lagi seronok belingkar atas katil
menghadap facebook
takdelah,actually hari ni takde program
kemana-mana,jadinya duduk dirumah
tadi tengah hari makan kek coklat yang sangat
nyumieeeeh
BTW x semua tangan mampu menghasilkan satu kek
coklat yang nyummmm bila kita makan
salah satu macam secret recipe
full of cream and melting

bercakap pasal kek,teringat masa cuti sem
tak ingat lah cuti sem masa bila
maybe dalam sem 3 kot masa tu
biasalah bila cuti je takde duit,
bila takde duit je time cuti
jadi masa tu kakak tengah naik dengan business kek dia
kek coklat with topping
yes i like my sister cake,rasa lemaks yang power
ceh puji kakak sendiri
so,ayah yang x suka tengok aku duduk saja ni
dia ajak aku jual kek tu dekat ofis-ofis
kawasan perumahan
mean it bawak bakul yg diisi kek,dan jual
malu kan?of course
sebab aku memang pemalu
hew hew
tapi disebabkan ayah paksa jugak
ok fine,aku ikut dia jual
masuk ofis,jumpa orang sana-sini
and u know what
satu hari komisyen aku RM100
and aku berniaga dalam masa 2 jam mcm tu lah
hebat kan?
so esoknya aku terusklan berniaga
dah malas nak kaver ayu ke ape ke
aku berniaga and dapat lagi komisyen RM100
agak lumayan la RM100 utk beberapa jam kerja kan
tapi tak lama sangat pun aku berniaga tu
sebab MALU
haha..jadi tu jelah pengalaman aku berniaga dan menjadi penjaja
manis la kenangan tu
orang pernah interview aku,diorang ingat aku budak sekolah
aku x sekolah dan berniaga tolong ayah
sedangkan ayah aku pegawai,
aku senyum jelah bila diorang fikir macam tu
 :)

Tuesday, February 5, 2013

kenapa aku kerja sendiri??

assalammualaikum~

beberapa bulan lepas aku ada terima beberapa kritikan
which is daripda orang yang aku kenal
dari kenalan rapat
aku kan selalu share tentang jualan aku di facebook
jadi mungkin mereka-mereka menyampah
lalu mereka memberi aku sepatah kata sinis
yang memang membuatkan aku sentap dan 
terus berhenti dari share semua benda tu
aku cuma share 1 2 dan aku stop
dan baru aku perasan income aku DOWN
terus DOWN

so...aku mula berfikir,takkan hanya kerana 2 3 atau 10 orang
aku dah mula nak sentap dan makan hati?
jadi bermula episod semalam
aku edit album jualan aku mengikut kata yg lebih menarik
dan aku mula share tanpa memikirkan apa orang 
nak kata..rasa menyampah boleh remove je aku
nak tahu?ALHAMDULILLAH orang yang tak pernah
tertarik dengan produk aku terus
PM dan bank in duit..bukan seorang
dan jualan aku mula kembalil kepada fenomena mula-mula
aku jual dan share di FB
jadi?kenapa aku kena hirau kata-kata yang x pernah
bagi duit pada aku atau menguntungkan aku?

aku teringat dengan kata-kata seseorang dimana
UNTUK BERNIAGA JADILAH SEPERTI KATAK,
KATAK YANG PEKAK,
WALAUPUN ORANG MENYAMPAH DAN GELI
UNTUK TENGOK DIA MELOMPAT
DIA AKAN TERUS MELOMPAT TANPA MEMPERDULIKAN
ORANG LAIN..

aku teringin nak kongsi dengan korang tentang kisah seseorang
yang kini aku rasa sudah mencapai sedikit kejayaan
yang hanya bermula dari modal rm50
sehinggan mampu pakai merc hari ini
dan mampu membuat loan pinjaman hampir 3 juta di usia 25 tahun
KAU BOLEH?
ok takpe next time aku kongsikan
aku taknak korang penat baca karangan aku yang panjang ini dalam 
masa satu hari

*KORANG AKAN LIHAT SIAPA LAWAN
DAN SIAPA KAWAN DI SAAT KORANG 
DI BAWAH :)




Friday, February 1, 2013

kenapa aku kerja sendiri??

hari ni 31/1/2013
maknanya dah cukup sebulan jadi kena audit
berapa pendapatan bulan ni
bulan ni lebih baik dari bulan lepas
TAHNIAH!!!ada peningkatan walaupun masih
belum mampu beli ferrai atau lambogini

sekarang ni aku sedang memberi satu tempoh masa
praktikal kepada diri sendiri
di mana macam pekerja yang baru mohon kerja
mesti ada tempoh percubaan 3 bulan kan?
dan aku buat macam tu pada diri aku
cuma aku beri masa 6 bulan kepada diri sendiri
untuk capai target pendapatan melebihi basic 
pekerja seorang lepasan degree
biasa lepasan degree basic dalam RM1800-RM2500
kan?
jadi target aku mesti melepasi pendapatan sebegini
dalam tempoh 6 bulan..
jadi aku sekarang diberi tempoh percubaan oleh diri
sendiri dalam macam mana aku perlu letupkan
pasaran aku!
jadi..kita tunggu untuk next 6 month...XOXO

Wednesday, January 30, 2013

kenapa aku kerja sendiri??

aku duduk kat rumah ni bukanlah aku hanya focus 
dengan business 24 jam,
aku haruslah buat kerja rumah dah nama kerja dirumah
aku hidup macam anak dara lain
mengemas,memasak tu kadang-kadang dan paling
penting aku jaga 2 anak buah aku si beeha dan arrazi
dan seorang lagi haikal anak umi mengasuh

memang ini juga cabaran untuk aku
macam korang kerja kat luar cabaran dengan bos yang jelik
rakan sekerja yang kepochi dan mungkin dugaan berat
suka MENGUMPAT
jangan taknak mengaku~
jadi aku anggap bebudak yang kadang-kadang menangis mohon diberi 
susu,mohon di enjut kan buaian,mohon dilayan
dan mohon dibasuh berak adalah cabaran aku BERJAYA.

baru-baru ni aku terlahir satu perasaan resah dan marah
okey umi memang biasa memberi sokongan
namun tetap kadang-kadang meluahkan sokongan
untuk aku minta kerja kerajaan,dan automatik aku akan tarik muka
dan bila aku cakap yang aku tetap nak kerja sendiri dan 
cerita baik-baik nya kerja sendiri umi angguk.
lain pulak cerita ayah
konon aku ada degree dia hanya mahu aku
jadi seorang pegawai tinggi dan gaji 5 6 ribu
banyak sangat ke beb nilai  5 6 ribu tu?
cuba korang tanya atau interview orang yang tinggal dirumah
nilainya berjuta,ada yang kerja pegawai kerjaan x?
kalau ada mri dan potong kelingking aku..HOHO
kerana sesiapa yang rumah nya besar sampai berjuta
siap sedia untuk dipanggil spr la beb..
dan melalui teori aku yang duduk rumah sejuta tu mesti berbusiness
tolonglah akui walaupun berat.
setiap kali balik kerja ayah akan tanya aku dah isi ke belum spa?
bila nak minta kerja?
orang lain dah jadi pegawai...
kadang-kadang aku sedikit down dengan perkataan ni
tapi aku boo layan
ini lah masanya aku kena buktikan yang aku mampu 
berdiri dan berjaya dari mereka yang bergelar pegawai.
lagi berjaya dari mereka yang ada gaji 6 7 ribu itu
kerana aku manusia yang mampu dapat 20k sebulan
aku CABAR diri aku!
aku dah berjanji takmahu minta duit dengan ayah
ok fine!kalau aku minta jugak kira aku memang perlukan
bantuan..
business sometimes bukannya tetap di atas
mesti ada jatuhnya..ok arrazi dah menangis
cabaran dan ujian lah tu.
bila terfikir keadaan anak sendiri yang kita nak kena tinggal
dekat indon,bibik,pengasuh mesti serabut.yelah pengasuh baik takpe
kalau yg x baik?
kakak2 aku untung sebab duduk dengan umi
tapi sampai bila emak kita kena menjaga anak kita?
jadi inilah hikmah bila kita berniaga sendiri,kita tolong mak
kita tolong adik beradik,mungkin hari ini kerja kita nampak 
mudah dan dipandang endah x endah,
tapi kejayaan yang datang siapa tahu kan??
okey sambung nanti arrazi dah menanges makin kuat
XOXO

Tuesday, January 29, 2013

kenapa aku kerja sendiri?

untuk pengetahuan semua aku dan sejak aku tamat praktikal
dan hanya duduk di rumah menyiapkan thesis 
sehingga tamat degree aku hanya duduk dirumah
bukan duduk terkangkang tanam anggur
bagi aku,aku x pernah merasa sebagai APA ITU PENGANGGUR?
dan aku x mahu merasa nervous untuk di interview
dan serabut mencari kerja sana sini
bagi aku kerja sendiri like a bos itu lagi best!
dan kenapa aku seorang pelajar business x buat business?
kenapa setiap mentality kita lepas belajar mesti
buat resume,mesti interview untuk bekerja dengan orang?
ada yang cakap kerja dulu dan cari pengalaman
nanti baru bukak firma sendiri
jadi apa salahnya kita bermula dengan ZERO
kita rasa sakit jatuh dan bangun
adakah itu bukan pengalaman?
oh yeayh,korang ambil course lain
bukan business...jadi hanya budak business je kena buat business?

ok bagi aku cerita kisah aku sekejab
sebagai anak remaja kenapa aku buat business pada mulanya?
sebab aku takde duit
dalam akaun kosong,tapi naluri mahu enjoy,shopping dan 
bersuka ria dengan kawan-kawan begitu kuat
takkan setiap kali nak keluar "ayah umi bak rm50"
kalau mak pak cap duit takpa la cek
jadi sampai bila kena duduk dirumah untuk ada duit?
sampai dapat kerja dan ada gaji bulanan?
aku pulak masa degree memang x rajin study
jadi pointer aku biasa-biasa aja,dan aku pegang prinsip
POINTER IS NOT EVERYTHING
kalau kau rajin mesti pointer tinggi
kalau malas rendah,jadi pointer rendah x semestinya x berjaya unless
kau pemalas cari duit..
jadi aku ni pulak malu dengan pointer sendiri yang hanya atas pagar orang kata
jadi aku cuba merangka macam mana aku boleh hidup
tanpa perlu berdepan dengan interview dan tayang pointer aku yang x seberapa itu!
bermodalkan pinjaman hutang dari umi
aku berjaya bayar balikhutang tu dalam masa sebulan,oh lagipun
aku hutang taklah beriban dan banyak mana
aku bermula dengan modal kecikk sahaja

dalam masa 2 bulan,kejayaan pertama aku
aku mampu beli blackberry yang aku idamkan hew hew
blackberry murah aja,tapi mampu miliki hanya kerja dari rumah.
itu yang aku cuba highlight bukan kisah BB aku yg x seberapa
kemuadian dalam bulan ke-3 aku sudah mula
mengorak langkah menambah produk kedua
dan yah..makin banyak modal aku laburkan untuk berniaga
aku masih x fikir utk simpan duit untuk kawen mungkin
aku cuma tahu bila aku nak guna duit tu,duit tu ada
aku x rasa kering dan pokai
bagi aku banyak keluar banyak masuk
aku cuba kongsi pendapatan aku dengan umi dan ayah
walau x mampu bagi lagi rm1000 sebulan insyaALLAH 
kene mampukan juga lagi beberapa bulan kot
aku bolehlah beli ikan kembung rm10,support beli syampoo dirumah
dan isi minyak bila keluar
yaahh aku masih bersyukur kerana aku x meminta-minta atas dasar ENJOY
kerana aku ada hasil aku sendiri dan paling best
aku hanya duduk dirumah dan boleh jugaklah nak terkangkang pun

dan kejayaaan kedua aku insyaALLAH bakal menyusul
tapi aku tak mahu cerita atau kongsikan lagi,bagi aku berjaya 
dulu,tapi tetap million terima kasih pada umi dan ayah atas sumbangan 
bantuan mereka
tanpa mereka apalah aku..hew hew
ok next pos aku akan kisahkan kejayaan kedua aku
dan adakah memang aku berjaya hanya duduk terkangkang online 
dirumah?
tunggu ya
XOXO