bergossip tanpa dosa

bergossip tanpa dosa

Sunday, July 31, 2011

kegembiraan di akhiri tragedi

yiihhuuuu..
seronoknya nak pergi tengok tentera tamat latihan
mesti banya abe-abe hensem
tapi biasela...name tentera..haruslah kulit berwarna malam sikit kan


memang ramai sangat manusia kat sana
sesak la jugak,
tapi ok la dapat tengok diorang berkawat
banyak org jual-jual
happening la...macam majlis konvokesyen kat u
tetiba hujan renyai-renyai
semua orang buat bodo lagi


haaa...tetibe bukan main lebat kau
terkedek-kedek aku dengan sedara lain lari
bagusla berteduh dekat surau
tiba-tiba ribut kuat gila
sumpah aku x tipu
habis..habis..
mcm kiamat kecik
pokok.khemah,bumbung..hancusss


paling teruk kereta la..
paling yang paling aku speechless bila kereta kami
selamat dan kereta saudara pon selamat
bayangkanlah kereta kami kat tengah
lori belakang kereta aku hancur
waja dpn kereta aku hancur
kami kat tengah-tengah parking ALHAMDULILLAH..
nak tengok hasil dari ribut ni..........................


*ehsan dari gamba blog lain sbb aku langsung x amik gamba




Ribut di Port Dickson 30 jul 2011

Ribut di Port Dickson 30 jul 2011





Friday, July 29, 2011

tetiba rasa sesuatu yang aku kena luahkan
yes...aku malas nak tumpang telinga orang
makanya bia dua-dua senyap
hanya jari dan mata yang bekerja untuk lelah


ya..ape yang aku nak luah?
aku rindu dia..
yes!betul!rite!true!
dah setahun lebih,godek-godek facebook
tertatap komen-komen lama
menitik ayaq mata
tiba-tiba kuatnya rindu ni
hati dah curang sangat malam ni..


dengan berani aku hantar mesej dekat MYSPACE
what????! old skool giler
takpela..aku dah x mampu nak telan
biarlah kali terakhir hantar mesej berbaur lucah,eh bukan
berbaur rinduuuu


dah setahun lebih kot..susahnya bila dah sayang
ada ganti pon tetap tak sama
ibarat aur dengan tebing
ade kene mengena ke?
ok..air mata menitik ke dua titiknya~~~



Friday, July 22, 2011

hekeleh

setakat baru pakai keta mahal dah nak berlagak?
jadi nurse dpt buat loan nak belagak?
dah nak hina-hina orang?
kemon la
aku sikit tak respect
setakat beli sume benda tu pakai LOAN da hebat sangat ke??
canang satu dunia kau banyak kasut
kau beli kasut baru
kau makan dekat Mc D
alololololoo
kalau boleh time nak pegi jamban pon kau nak bagitahu
so FUNNY...........................

Saturday, July 9, 2011

wiiiiii

bangga sebentar bersama kit kat
wink-wink >_-

Friday, July 8, 2011

rindu ku padamu tak terungkap dengan kata-kata

rindu dengan Tok Ayah,
dulu tok ayah rajin bawak pusing bukit mertajam,
bawak pergi ceramah and tok ayah la penceramah tu
bangga dengar atok sendiri jadi imam,
suara sedap,tajwid bagus,
ceramah mantap!
tok ayah sayang binatang,pandai buat kebun,
suara tok ayah nyaring,kalau tempik semua kecut,
hari raya takbir anak beranak,
hari-hari kena paksa baca yassin setiap lepas wajtu solat


tok ayah sakit lama :''(
tok ayah makin kurus :""(
tok ayah selalu mintak urut kaki ,
sambil urut kaki main teka teki,nyanyi lagu jepun ;''')


lama-lama sakit tok ayah teruk,
tok ayah dah tak begurau lagi,
tok ayah baring je,tidur je,
akhirnya tok ayah tinggalkan kami dengan keadaan yang tenang,
muka tok ayah berseri,bercahaya,ramai yang tegur
(aku kecik lagi,jadi aku tengok muka tok ayah bersih,tu ja)


kami ramai-ramai keliling tok ayah,
time tu aku mampu baca surah pendek je untuk tok ayah,
orang kata kalau tajwid tak betul jangan baca surah panjang untuk jenazah,
nanti sakit..jadi aku baca surah pendek je time tu :'''(


sekarang aku dah besar,
aku bole mengaji,
insyaALLAH akan aku sedekah ayat-ayat tu :"")


AL-FATIHAH 
buat tok ayah
5.8.2005

Thursday, July 7, 2011

otak bebudak memang senang terpengaruh
gara-gara KL gangster la ni

puihhhh
ekal(2thn)= puihhh-puiihh kejenya
naik baran aku
ni salah sapa ni?
sapa bukak cita ni?

tajang berleluasa
almari mcm nak roboh
danish(6thn)= konon nak jadi malik
konon nak jadi shark
ni lagi sekor
aku jadi shark baru tekejot
salah sapa ni?
sapa bukak cita ni??? =_=''

Wednesday, July 6, 2011

fuhhhhh

beberapa hari ni aku asyik berdebat je
berpeluh jugak nak kemukakan pendapat
seriously aku x tinggi ilmu
ramai pulak tu,
nak-nak yg jenis berdebat dalam group
ilmu diorang dah la tinggi,siap hadis sume
aku mane hafal hadis pon...
tapi tu lah
berlapang dada
kadang-kadang diorang cakap x salah
mungkin berbeza pendapat jadi kite x sehaluan la
ibarat x kenal maka x cinta gituuuww

ape yang aku amalkan


"ALLAHUMMA RABBI YASIRRU WALA TU'A SIRU WATAMMIM BIKHOIR"


semoga ape yang aku buat ALLAH permudahkan


jadi sebelum aku berdebat
aku amalkan doa ni supaya ilmu yang aku akan
share bukan yang terpesong
dan alhamdulillah ilham tu datang dari ALLAH..
DIA bg ilham untuk kita fikir dan jawap dalam mase pantas


aku harap sangat yang aku berdebat bukan untuk riak
tapi untuk berkongsi ilmu'
dan semoga ALLAH ikhlaskan hati aku


seronok tahu kongsi ilmu
nak-nak bila kita dapat share ilmu tu dan org tu trime
rase sweet jek..
nak share makan nasi pon x pe..aku rela


berbunga kan ayat aku?
tapi aku xtahu la nak tulis care biar macam daun
redah je la...