bergossip tanpa dosa

bergossip tanpa dosa

Monday, September 12, 2011

lelah seorang peniaga

bila kita berjaya jual rasa puas,hepi,bezz!
dan semangat berniaga berkobar-kobar.
tapi bila sampai tahap perangai manusia yang berjuta ragam
nak menangis,nak maki, semua macam ada.


ada yang memang ikhlas nak beli,memang x banyak tanya terus direct order
tapi yang setakat nak mengorat,tanye hai,amacam bisness,tengah buat ape,
memang menghanginkan.
ade pulak jenis tanye,aku taip-taip senyap.....
ade yang jenis perli-perli


macam-macam lah..
tolong kuat,sabar,usaha,doa dan inysaALLAH ada rezeki adala....

Friday, September 9, 2011

anak halal

alahai malasnya nak balik u,
nak tinggal si teletah ekal tu,
mesti aku rindu dia.sekarang dia dalam fasa gatal lidah,
ajar jelah apepon mesti dia ikut,
waktu ni la nak ajar baca doa,nyanyi ke,marah ke semua dia ikut.
ayah sampai kadang-kadang dah macam orang angau,
balik kerja x sempat salam dia jerit-jerit nama haikal.


ekcelli ayah memang suka budak,
kalau diiuktkan aku ada 11 adik beradik,
tapi disebabkan adik ke-7 meninggal dalam perut
maka yang seterusnya mungkin xlarat nak tanggung dosa hidup kat dunia
so diorang keluar dari perut sebelum sempat ada nyawa...
kata mudah GUGUR lah....
terbayang jugak macam mana lah kalau aku ada 11 adik beradik,
dan yang 5 kebawah mungkin masih kecik-kecik.........
*geleng-geleng x sanggup fikir.


ajaib kan bila baby yang comel tu orang sanggup cederakan.
padahal bila dia membesar kita tengok dia tidor pon kita akan 
anyonyonyo comelnye tido.....
tu belum gelak,tatih terkedek-kedek jalan,sengih ade gigi 2 batang..
walaupun dia bukan anak halal,dia tetap akan comel tahu?
dan nak jentik pon rasa aloooooo ciaannnn dieeee...


ada jiran aku,dia jage anak orang,dan bila budak 
tu kencing dia bakar bontot budak tu
aku bayangkan mesti dia macam "woi!bodoh kencing dalam seluar"
hello!kau ke baby tu bodoh?
kau lapanploh juta bangang sebenarnya.
meh aku bakar bontot kau tengok,sanggup ke?!!!!!
*emo.


jadi...sayangilah anak kita....

Thursday, September 8, 2011

kecik2 cilik

berbelas tahun dahulu kala,
tok ayah banyak sangat bela arnab,
bila kami kumpul ramai-ramai makanya akan ada sesi sembelih arnah di belakang rumah.
macam sesi demo sembelih pon ada,
sebab sesi inilah yang ditung-tunggu oleh cilik-cilik cucu-cucu tok ayah.
asal balik kampung maka nyawa arnab akan melayang.
dulu x pernah pulak terdetik geli geleman makan arnab,
tapi sekarang kenapa ntah aku rasa macam kasih pulak kalau nak bunuh arnab,
dah la comel putih-putih..
mesti dulu masing-masing hati batu sebab langsung x ada belas kasihan pada si arnab comel.
dan bila part mengkedarah langsung x pikir ape,
dengan arnab masak merah,arnab golek..
ish..aku rasa lain macam plak nak sebut.....


tapi sekarang benda tuh dah jadi benda kerinduan sebab tok ayah dah xde,
makanya tiada lagi istilah masakan pelbagai jenis arnab yang kami nak makan.
dan tradisi bela arnab pon xde sapa nak waris.
dan kalau ada yang waris pon x tahu lah siapa lagi yang masih berhati kental nak makan arnab yang comel..
kenapa aku x kesian kepada si lembu mahupun si kambing?
ye...sebab depa langsung x comel...
tahap kecomelan mempengaruhi kepada kesanggupan nak makan.
patotlah keli yang sedap orang kata tu pun aku tak makan,sebab hodoh.bias!
apepon,makan jelah janji x haram..

Saturday, August 13, 2011

kisah lama

dulu aku suka terima dan tinggal
aku couple dan bila sampai masa boring aku blah
aku tak pernah fikir hati orang
ada sampai merayu jangan tinggal dia
tapi aku..hati kering,x sampai seminggu aku couple dengan orang lain

tu kisah time sekolah
dan sejak aku masuk matrik aku start hargai hati orang
aku sayang orang tu betul-betul
tapi tu lah...
WHAT U DO,U GET BACK


aku ditinggalkan.......T_T
satu-satu buat taik dengan aku
semua curang
dan yang paling aku menangis dalam hati sampai sekarang
bila aku clash dia couple dgn perempuan lain dalam masa seminggu!
damn!


hambik la..baru kau tahu perasaan orang yang kau tinggal dulu
ok aku insaf
rezeki aku dapat ujian macam ni sebelum khawin
harap-harap lepas khawin tak nak la.......amin..


sekarang..aku memang akan hargai hati orang kaw-kaw
dan orang pon tulunla hargai hati aku double kaw-kaw!

Tuesday, August 9, 2011

follower dah beratus
promote blog kat sana sini
tapi isinye


copy paste je lebih
memang x la aku nak respect dengan maklumatnye
kalau kau sebar fitnah kau tanggunglah ok?


sebelum sebar ape-ape kau fikir dulu
jangan bagi alasan dan last sekali kau cakap hanya
berkongsi nak minta pendapat orang.
kalau macam tu aku cakap ko ni tak solat
sembahyang kejab ye kejab tak
tapi aku just bertanya dekat housmate kau
dan kau kate fitnah!
aku boleh jawap nak tahu je...


tapi aku boleh cakap kau memang x sembahyang penuh!
macam mane aku boleh pasti?
sebab time org lain sembahyang kau tak!
aku ada dengan kau sebab aku cuti sembahyang
dan x mungkin kau cuti sembahyang sebab kau LELAKI~~~


pikirlah sendiri kata-kata kau

Sunday, July 31, 2011

kegembiraan di akhiri tragedi

yiihhuuuu..
seronoknya nak pergi tengok tentera tamat latihan
mesti banya abe-abe hensem
tapi biasela...name tentera..haruslah kulit berwarna malam sikit kan


memang ramai sangat manusia kat sana
sesak la jugak,
tapi ok la dapat tengok diorang berkawat
banyak org jual-jual
happening la...macam majlis konvokesyen kat u
tetiba hujan renyai-renyai
semua orang buat bodo lagi


haaa...tetibe bukan main lebat kau
terkedek-kedek aku dengan sedara lain lari
bagusla berteduh dekat surau
tiba-tiba ribut kuat gila
sumpah aku x tipu
habis..habis..
mcm kiamat kecik
pokok.khemah,bumbung..hancusss


paling teruk kereta la..
paling yang paling aku speechless bila kereta kami
selamat dan kereta saudara pon selamat
bayangkanlah kereta kami kat tengah
lori belakang kereta aku hancur
waja dpn kereta aku hancur
kami kat tengah-tengah parking ALHAMDULILLAH..
nak tengok hasil dari ribut ni..........................


*ehsan dari gamba blog lain sbb aku langsung x amik gamba




Ribut di Port Dickson 30 jul 2011

Ribut di Port Dickson 30 jul 2011





Friday, July 29, 2011

tetiba rasa sesuatu yang aku kena luahkan
yes...aku malas nak tumpang telinga orang
makanya bia dua-dua senyap
hanya jari dan mata yang bekerja untuk lelah


ya..ape yang aku nak luah?
aku rindu dia..
yes!betul!rite!true!
dah setahun lebih,godek-godek facebook
tertatap komen-komen lama
menitik ayaq mata
tiba-tiba kuatnya rindu ni
hati dah curang sangat malam ni..


dengan berani aku hantar mesej dekat MYSPACE
what????! old skool giler
takpela..aku dah x mampu nak telan
biarlah kali terakhir hantar mesej berbaur lucah,eh bukan
berbaur rinduuuu


dah setahun lebih kot..susahnya bila dah sayang
ada ganti pon tetap tak sama
ibarat aur dengan tebing
ade kene mengena ke?
ok..air mata menitik ke dua titiknya~~~