“Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah (bertauhid), maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Anak adalah anugerah Allah. Yang dilahirkan suci bersih ibarat kain putih. Ibubapalah yang mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mencorakkannya.
kalau nanti "ter"dapat jodoh yang lain fahaman politik aku kena bincang awal-awal taknak pergolakan jadi porak peranda! ni pesanan untuk aku dan mana-mana yg jadi suami aku nanti.
first! kalau masuk dalam family mertua senyap je jangan menyampuk apa je yang dibincangkan pasal politik open la beb!tak setuju senyap tapi dalam masa yang sama otak jalan walaupun ada perasaan getik,menyampah dan segala bagai sila tahan!
second! sapa pon tak bole kutuk fahaman family masing-masing, terima jelah seadanya.nak buat macam mana dapat family mertua x sebulu. yang penting bab lain mesti A la.. kena tahan la kalau bapak mertua ke, mak mertua ke,adik ke abg ke kakak ipar kau kutuk menteri kau suke, anggap jelah x dengar. jangan nak over pegi tegur okey!
third! kalau nanti family mertua ajak pergi ceramah politik masing-masing, ikut jelah!jangan bantah! dengar!dari situ lagi nampak perbezaan kan?! baru mata terbukak,otak terpampang,minda cergas!
last sekali, sebelum masuk meminang kena make sure dua-dua family jangan sebut pasal politik kang x jadi sesi berpantun,tapi jadi sesi bergusti.
okeyh. pilihan raya pangkah masing-masing habis cerita.
Sunday, June 24, 2012
tadi tengah basuh pinggan teringat satu statement "perempuan solehah atau tak solehah kena cari lelaki soleh" "tapi lelaki soleh tak kisah nak cari isteri tak solehah atau solehah tak kisah"
jadi nampak tak? lelaki kena jadi soleh,kalau tak takpayah kawin kang merosak anak bini je. pastu jadi dayus,jadi jahil, mulalah anak bini jadi tak tentu hala kan?
tapi ramai ke lelaki sedar benda ni? aku tak penah jumpa lagi. yang diorang tahu jadi buaya,belagak bagus pemalas nak belajar agama,tunjuk salah orang.
seronok-seronok juga, tapi jangan sampai jadi jahil esok mak ayah meninggal tak tahu nak mandikan nak kapankan,nak lagi dan lagi. tu belum masuk part handle family, anak nak buat ramai,tapi nak didik tak pandai
haritu zaidah kawin,selamat dah sorang sepupu sebaya, masing-masing setuju nak pakai baju tema-tema gitu sangat meriah,majlis yang simple but smooth, tetap menarik walaupun takda pelamin,kompang, sepenuhnya diringi ayat-ayat suci al-quran, lagu maher zain,dan tiada lagu-lagu yang lagha.
sepupu sepapat ambil tugas masing-masing tanpa paksaan camwhore tetap wajib ada, pengantin buat solat sunat lepas akad nikah, semuanya nak kejar barakah! thumb up JEMAAH TOK AYAH.
FOR MY DEAREST COUSIN, BARAKALLAHULA KUMA WABARAKA A'LAI KUMMA FIKHAIR..