bergossip tanpa dosa

bergossip tanpa dosa

Tuesday, May 31, 2011

ALHAMDULLILLAH..


selesai semua benda..
kakak
dianah
pais
selamat ketiga meraikan perkhawinan masing-masing..


barokallah hulakuma wabaroka
a'laikumma wajama' bai nakumma fikhoir...


selamat pengatin baru..
semoga berbahagia hingga ke syurga..insyaALLAH..
selamat menempuh alam baru..
moga tabah menghadapi segala ujian di dalam rumah tangga..
moga "hampa" diberkati..
moga dapat melahirkan mujahid-mujahiddah yang tegar di jalan ALLAH..










Tuesday, May 24, 2011

pilihan laki kami..

bagi gua,gua nak cari suami yang jauuuuhh..
yang dari kampung,
nanti bila raya boleh bawak anak-anak jejalan jejauh,
balik kampung jejauh..
anak-anak rase suasane kampung..
ohhh bezz...


kawan gua plak nak cari laki dekat-dekat,
sebab bapak die x bagi kawen jejauh.
nanti rindu....
kalau bole dia nak cari satu kampung jugak,
raya x gado nak balik umah laki ke bini
yela kan dekaatttt..


ade member ni plak nak cari laki yang anak orang kaya,
nanti harta sume jatoh kat laki dia,
tengok x payah kerja banting tulang sangat,
dapat idop mewah jep sekelip mata..good-good.


ada jugak yang cari laki anak yatim.
kalau bole yang dah xde EMAK..
heh..sebab?
nati xdelah nak kene mengahadap mak mertua,
nak-nak yang banyak songeh..
lepastu xde lah nak kene purak-purak rajin kan.. =_=''

Sunday, May 22, 2011

ALLAHUAKBAR!

SUBHANA ALLAH
WALHAM DULLILLAH
WALA ILA HAILLALLAH
ALLAHUAKBAR!


sesungguhnya apa yang berlaku adalah ketentuan ALLAH
sesungghnya kiamt itu terjadi disaat kita tidak sedar
dan sedang lalai dengan hidup duniawi..


terkedu gua bila tengok tanah runtuh yang jadi dekat ulu langat tu
bayangkan kalau kita ialah mangsa kat situ?
YA ALLAH..


takot wei!
ape bekalan xdop lagi..
solat pon dop cukup penuh lagi..
subuh dok gajoh-gajoh lagi..
pose toksey cakap,dok tahu sempurna ke idok.
bilo nok tobat ni haa..
ajal mari kito dok tahu,
dok pikir dunio,g sane kosong dok bawe mende,
bilo tanyo sume kate nok masuk syurge,
tapi bakpenye perangai dok supo nok masok syurge?

Saturday, May 21, 2011

kertas kecil.

dengan bangganya gua mengaku gua suka toyol!
tau x ape?
jangan kate tak tahu ok!
budak skema dalam kelaz pon tahu..


pernah guna?
jangan tipu kata x pernah ye?
sebab budak dean pon guna..haha


tapi..haaa..gua dah insaf kot . la..
nanti tak berkat macam mana?
kerja x dapat?
gaji x tinggi?
ho mai god!
tidak mahu..


okeyla..mulai sem depan x mahu guna lagi la..
laz sem?
xpe..janji belum terlambat...
tak begitu kawan-kawan? :p




Thursday, May 19, 2011

sekulah!

dulu dajah 5 gua baru pindah kelang,
masok dajah 6 da kene lantik jadi pengawas..hebat doh!
setahun jugak ler merasa jadi pengawas..beribawa gitu.


selalu kene jadi kuli cikgu take over jage bebudak dajah satu bila ada meeeting tegempar,
sangat fofular dikalangan adik-adik ribena,


sekali cuti sekulah pergi pasar,
terjumpe la sorang dua bebudak dajah satu kat pasar tu,
malu-malu plak die dengan gua,
tibe-tibe budak tu cuit kakak die satu sekulah ngn gua gak,
dengan banggenye die jerit,


"TU KAKAK PENGAWASSSS!!!"

Wednesday, May 18, 2011

kutuk..

korang..nak mengumpat ngan gua tak?
mesti nak kan?kan?kan?
gua taw..haha..
xpe sebagai pengajaran.. ALASAN!


gua tengok gamba kawan gua punya awek,
cun gile dowh..memang cantik!
dah la pakai tudung,ayu..walau bertudung awok tetap hot!
gua suke tengok..solute la sebab gua x mampu jadi gitu..


gua kalau tengok orang pakai tudung+bergaya gua suke solute,
bertudung bukan penghalang kite HOT ya u olls
tapi tu la..nak kutuk macam x baik..tapi nak tercakap jugak.


gua tengok gamba diorang bercuti,
sekali baik punye awek tu dressup,


pakai seluar gini time mandi weiiiiii!
BAYANGKANLA sendiri... >_<

Tuesday, May 17, 2011

bia bertukar pakwe 
dari maruah kau tergadai dekat hanya seorang pakwe

bercinta macam nak rak sampai tergadai body
ingat kompen die nak jadi suami?

bia single..janji kita pandai jaga diri
dari berkapel sampai kita x ingat diri

ape bangga sangat ada pakwe?
ingat diri tu da cukup istimewa?

tak paya nak show off sangat la konon kau sorang ade pakwe
macam dunia ni kau sorang je punye...

bia sunyi tanpa manusia disisi
janji dunia akhirat ALLAH tetap menemani....

"spontan"


Monday, May 16, 2011

cuti..

xtahu nak post apa bila cuti,
aktivi yang diulang-ulang setiap hari..
cuba kontrol pemakanan sebab xnak mnyesal di hari depan kelak.


lagi 2 minggu kakak kawen,
nak pakai baju apa yah?
eh mcm kite pulak nak kawen..
bukan ape terkena badi tgk orang kawen yang melawa,
kita mesti nak jugak..
kan..kan..kan..?


seronok bukak FB kawan-kawan becerita diorag pergi opkim,
rasa rugi pulak x join,
tapi kenangan mengecat rumah dengan adik beradik lagi bermakna,
bergotong royong,
adik beradik angkat sebaik mana tetap x sama dengan adik beradik kandung walau bcakar-cakaran~~
huahuahua..


harap-harap gua jugak vouge di hari kenduri nanti (xmahu kalah)
mane tahu terjumpa jodoh di hari kenduri kakak sendiri..
tumpang berkat... >_<

Friday, May 13, 2011

kikis...

hari tu gua lepak ramai-ramai dengan bebudak ni
laki laki yang panas and nak balas dendam.
dendam terhadap awek,
awek yang kaki kikis..


tips:


stategi mesti mau baik...
mulut mesti mau manis..
tempat mesti yang uptoodate
x hot pon x pe la,
ingat..pengoda terbaik tau!
ayu cikit!


ok..nanti gua plak nak cube..hahaha 
keji!

Sunday, May 8, 2011

mothers day...

ulama telah mengharamkan perayaan ini,
tapi ada yang pertikai,
siap cakap "jgn terlalu kuno,nak haramkan semua benda"
"x slh pon smbot mothers day,kita niat baik"
and bla..bla..bla..


bagi gua,
mulai gua tahu benda ni haram,gua xmahu ucap "happy mothers" day kat umi lagi..
gua cuba mencari reason kenapa benda ni jadi haram
dan gua baca artikel ni..



Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”
Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.
Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.
Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.
Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]
Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.



dan tetap ada yang pertikai xsalah sebab niat kita x sama dgn negara barat
dan gua baca pendapat ramai orang
dan gua suka pendapat ni..


"Jangan lah kita menambah-nambah lagi sesuatu perkara didalam islam kerana semua yang ditambah-tambah itu ialah bidah semata-mata. Menurut nabi muhammad s.a.w cuma dua perayaan sahaja bagi umat islam yakni Hari Raya Aidil Fitri dengan Hari Raya Aidil Adha dan tidak ada didalam sejarah islam menyambut perayaan hari ibu. Jika perayaan itu baik maka nabi dan sahabat-sahabat nabi telah pun mengamalkannya terlebih dahulu sebelum kita. Dan ingatlah Allah s.w.t telah bersabda didalam ayat sucinya mengatakan islam itu telah lengkap dan tidak ada satu pun yang terlepas daripadanya. Wallahuallam.."


"dalam Islam dah jelas…dan yang jelas itu tak perlu disamarkan dengan ” niat “, kalau dah ada hadis yang menunjukkan kita tidak boleh menyerupai sesuatu kaum itu dalam apa benda sekali pun…maka kita berpeganglaglah.. jangan kita cuba menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan atas ” niat baik “..dan pelbagai lagi alasan…"


"“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan tersebut” – hadis"


dan bagi gua,gua tgk pada hari valentine.
kenapa haram?
sebab kita meraikan hari kejatuhan islam pada tarikh tersebut..
see.....kenapa banyak budaya barat yang senang-senang kita ikut?
pernah tak kita kaji sambutan tu kenapa disambut pada tarikh2 berkenaan?


dulu aku selalu kasi hadiah hari ibu bila mothers day,
sekarang aku nak beli hadiah bila aku rasa nak beli.
bukan berdasarkan tarikh lagi..
dan sangat sedih bila ada yg ckp kolotnye fikiran org yg menjatohkan perayaan ini haram
korang dah cukup ilmu?
tak takut ke setiap kata-kata bole membuatkan kita jatuh kafir dalam x sedar?
jangan melawan hukum kalau x tahu..
kaji..
kalau kita rasa kita di pihak benar,
kemukan hadis-hadis,
ulama mengeluarkan fatwa bukan suka-suka..
wallahualam..


by the way 8.5. ialah hari lahir umi,




jadi..
kepada umi..
SELAMAT HARI LAHIR
semoga dimurahkan rezeki dalam segala hal,
menjadi hamba yang berjaya dunia akhirat..
 :)

Thursday, May 5, 2011

indahnyeeeWW..

kalau dulu cuti sekolah memang bezzz sangat
kuar pagi balik petang
ibarat keluar mencari rezeki..haha


gua ingat lagi time darjah 2,
gua keluar pagi,ketuk rumah AFINI,LIYANA,
ajak main mak-mak,main kawen-kawen sesama perempuan
nasib besar masih bernafsu kat lelaki..ihikz!
kami main x ingat dunia,
maghrib baru masing-masing menapak balik rumah,
sampai pintu umi dah tunggu dengan "hanger"
nak sidai baju ke umi?
hah!amek kau bebirat tangan gua
"dari pagi keluaq,makan dak apa dak..hang semayang kat mana?"
meraung gua..
uhuuuu..pedih beb..
umi suruh gua khado semayang subuh sampai maghrib dpn dia,
dengan air mata,hingus melelh gua g la mandi
amek telekung biru gua,solat la dari subuh tuuuu..


esok nya lepas pukul 5 baru gua boleh kuar main.
semayang pon x tinggal..


tapi tetibe ade habib baru,
kononnya idea terbaik nak bagi x penat nak semayang
gua tunggu asar masuk,
then gua semayang zohor,pastu semayang asar then yahoo bole main..
tak payah amek air semayang banyak kali..hehehe


tetibe satu hari umi tanya dah semayang zohor?
gua cakap nak tunggu asar masuk la..
umi tanya "eh kenapa tunggu asar pulak?"
gua selamber land jwp
"nanti nak semayang zohor ngn asar terus,
malas amek semayang banyak kali"
bukan main umi ngan ayah bantai gelak..
dan..umi cakap la
"mana boleh...zohor semayang waktu zohor la..
mane boleh campuq-campuq,sapa ajaq lagu tu?"..
comel kan gua?haha


sejak tu dah paham,
tetibe muncul akal baru pulak,
bila time zohor gua amek air semyang,
masuk bilik
duduk diam-diam,
pastu nanti umi mesti ingat dah semyang.haha
asar lagi laju gua pegi amek air semyang,
sebab nak keluar main cepat-cepat..haha
bukan main pemalas..
sekali kantoi lepas amek air semayang,
masuk bilik gua duduk-duduk atas katil sekali adik gua masuk bilik
kantoi la gua tak semayang..
dia g ngadu kat umi,
umi just jawap
"umi memang tak nampak..tapi ALLAH nampak"
uhuhuhuhuhu


gua tak ingat la gua serik ke x lepas tu..
:p



umi gua:pembimbing gua dari kecik sampai besar..
tegas dalam lembut..
mmuuaaxxx...

Monday, May 2, 2011

good lessons...

ASSALAMMUALAIKUM...
salam sejahtera...


gua ada rummate,dia kristian..
and dlm dua hari ni dia ajak member dia tido bilik..
kristian jugak..
both are sweet..
diorang sangat meghormati  gua..
i mean AGAMA kita lah,
maybe diorg banyak bergaul dgn kawan-kawan melayu


gua tgk diorg belek-belek pewarna kuku,
gua cakapla "cantiknyeee......"
tiba-tiba yang sorang tu cakap
:mira x bole pakai kan?nnti macam mana nak solat kan?"
gua angguk3


diorg tengah dengar lagu,
then gua g bentang sejadah,
nak semayang la...
diorg terus matikan lagu tuh!
tak bole bla.


ape yang gua harap,
moge diorang dapat hidayah.


sama-sama lah kita doa kita yang muslim makin mantap iman,
bertambah hidayah,
kuat prinsip islam!


sekian terima kasih.

Sunday, May 1, 2011

sebelom study M.E

setiap orang biasa nya ada pilihan jenis blog mana yang diorang follow
ada blog peribadi
ada blog cinta
ada blog politik
dan x ketinggalan blog GOSSIP!


bagi gua,gua follow semua blog
time free selalu free  gua kan baca semua jenis blog ni.


best bila bace blog peribadi orang
macam-macam yang diorang nak share
makan dekat situ sana sini
belajar tempat itu tempat ini
main sana main sini


kadang-kadang best jugak tengok blog cinta
macam-macam tips
nanti sapa ada masalah cinta boleh gua kasi kaunseling free
tips nak pikat laki pun bole belajar
cuma nak praktik je belum lagi..ihiks!


gua minat baca-baca hal dunia politik
gua akan baca semua blog tak kisah la mana-mana parti pon.
gua suka buat perbandingan
ye la...nanti bila DAH CUKUP umur nanti *belum cukup umo :p
kita kena bijak memilih..
kat akhirat nanti bila ALLAH tanya apa sumbangan kita pada islam?
kita boleh jawap "kita dah pilih pemimpin yang membimbing kearah 
kekuatan islam",,
nanti takdelah pangkah kita sia-sia..ye dok?


gossip ni wajib gua follow doh!
mak xnak la ketinggalan zaman you..
kadang-kadang gua yang jadi pembawak gossip
"korang taw x ni la awek si itu ini.."
kawan-kawan jawap  "haa yeke?'
ok tu maknanye gua bukan katak bawah batu!
ahha!


kadang-kadang bila nak tahu pasal something yang macam 
hukum hakam agame,
kalau rajin gua google sendri..
banyak blog yang bagi info huku hakam ni,
clik aje..dunia dihujung jari katekan~
kalau malas gua kol umi gua je tanye.
di ibarat penyuluh ilmu gua lah!


jadi.
untuk mendapat minda yang luas dalam pelbagai bidang.
terjah lah blog segala jenis.
segala bagai.
segala info.
nanti takdelah kita ni asyik pandang ke arah tertutup aje..
wahaha...bijkanye gua nasihat orang..
ape salahnye jadi pakar kaunseling sekali sekala..
bukan selalu..
tak gitu?? *sambil mate kejib-kejib

putera william..who?

amboihh..putera williamku dicuri orang sudah!
gile sejak bila ada tulis nama "mira punyer" kat dahi dia?
takdak pon..takdak pon..


hamboiihh ramai blogger post pasal kenduri kawin 
putera william ni..
hambooiiihh ramai yang frust-frust..
hamboooihh..awat pakat kagum sangat?


adakah korang tahu ini FAKTA?
FAKTA apekah?
meh nak bagitahu..






Tahta waris kerajaan FIRAUN menikah hari ini di liput semua berita di dunia


Wall Photos
Tahta waris kerajaan FIRAUN menikah hari ini di liput semua berita di dunia , 
di kabar kan pernikahan termewah dan termahal abad ini. 
konspirasi media hanya meliput kebaikan mereka seolah dunia lupa
 bahwa karena mereka lah negeri di 
IRAK , LIBYA , pAlestina , somalia , afrika , libanon , checya , 
berantakan bangkai manusia bertebaran di mana mana akibat serangan militer ... 
mereka juga merampok 08 % sumber daya alam dunia dan 
dana nya mengalir ke negara kerajaan FIRAUN kini.



masihkah kawan-kawan ingat akan FIRAUN?
masihkah?
masihkah?
masih?
haahh..x masih?


sekarang pergi bukak quran terjemahan,
ataupun buku kisah-kisah nabi..
nama firaun sangat fofular..
kalah citi nur aliza kitew tuh!
apelagi?!pegi la bukak skang!