bergossip tanpa dosa

bergossip tanpa dosa

Sunday, May 8, 2011

mothers day...

ulama telah mengharamkan perayaan ini,
tapi ada yang pertikai,
siap cakap "jgn terlalu kuno,nak haramkan semua benda"
"x slh pon smbot mothers day,kita niat baik"
and bla..bla..bla..


bagi gua,
mulai gua tahu benda ni haram,gua xmahu ucap "happy mothers" day kat umi lagi..
gua cuba mencari reason kenapa benda ni jadi haram
dan gua baca artikel ni..



Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”
Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.
Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.
Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.
Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]
Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.



dan tetap ada yang pertikai xsalah sebab niat kita x sama dgn negara barat
dan gua baca pendapat ramai orang
dan gua suka pendapat ni..


"Jangan lah kita menambah-nambah lagi sesuatu perkara didalam islam kerana semua yang ditambah-tambah itu ialah bidah semata-mata. Menurut nabi muhammad s.a.w cuma dua perayaan sahaja bagi umat islam yakni Hari Raya Aidil Fitri dengan Hari Raya Aidil Adha dan tidak ada didalam sejarah islam menyambut perayaan hari ibu. Jika perayaan itu baik maka nabi dan sahabat-sahabat nabi telah pun mengamalkannya terlebih dahulu sebelum kita. Dan ingatlah Allah s.w.t telah bersabda didalam ayat sucinya mengatakan islam itu telah lengkap dan tidak ada satu pun yang terlepas daripadanya. Wallahuallam.."


"dalam Islam dah jelas…dan yang jelas itu tak perlu disamarkan dengan ” niat “, kalau dah ada hadis yang menunjukkan kita tidak boleh menyerupai sesuatu kaum itu dalam apa benda sekali pun…maka kita berpeganglaglah.. jangan kita cuba menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan atas ” niat baik “..dan pelbagai lagi alasan…"


"“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan tersebut” – hadis"


dan bagi gua,gua tgk pada hari valentine.
kenapa haram?
sebab kita meraikan hari kejatuhan islam pada tarikh tersebut..
see.....kenapa banyak budaya barat yang senang-senang kita ikut?
pernah tak kita kaji sambutan tu kenapa disambut pada tarikh2 berkenaan?


dulu aku selalu kasi hadiah hari ibu bila mothers day,
sekarang aku nak beli hadiah bila aku rasa nak beli.
bukan berdasarkan tarikh lagi..
dan sangat sedih bila ada yg ckp kolotnye fikiran org yg menjatohkan perayaan ini haram
korang dah cukup ilmu?
tak takut ke setiap kata-kata bole membuatkan kita jatuh kafir dalam x sedar?
jangan melawan hukum kalau x tahu..
kaji..
kalau kita rasa kita di pihak benar,
kemukan hadis-hadis,
ulama mengeluarkan fatwa bukan suka-suka..
wallahualam..


by the way 8.5. ialah hari lahir umi,




jadi..
kepada umi..
SELAMAT HARI LAHIR
semoga dimurahkan rezeki dalam segala hal,
menjadi hamba yang berjaya dunia akhirat..
 :)

No comments:

Post a Comment