bergossip tanpa dosa

bergossip tanpa dosa

Tuesday, February 5, 2013

kenapa aku kerja sendiri??

assalammualaikum~

beberapa bulan lepas aku ada terima beberapa kritikan
which is daripda orang yang aku kenal
dari kenalan rapat
aku kan selalu share tentang jualan aku di facebook
jadi mungkin mereka-mereka menyampah
lalu mereka memberi aku sepatah kata sinis
yang memang membuatkan aku sentap dan 
terus berhenti dari share semua benda tu
aku cuma share 1 2 dan aku stop
dan baru aku perasan income aku DOWN
terus DOWN

so...aku mula berfikir,takkan hanya kerana 2 3 atau 10 orang
aku dah mula nak sentap dan makan hati?
jadi bermula episod semalam
aku edit album jualan aku mengikut kata yg lebih menarik
dan aku mula share tanpa memikirkan apa orang 
nak kata..rasa menyampah boleh remove je aku
nak tahu?ALHAMDULILLAH orang yang tak pernah
tertarik dengan produk aku terus
PM dan bank in duit..bukan seorang
dan jualan aku mula kembalil kepada fenomena mula-mula
aku jual dan share di FB
jadi?kenapa aku kena hirau kata-kata yang x pernah
bagi duit pada aku atau menguntungkan aku?

aku teringat dengan kata-kata seseorang dimana
UNTUK BERNIAGA JADILAH SEPERTI KATAK,
KATAK YANG PEKAK,
WALAUPUN ORANG MENYAMPAH DAN GELI
UNTUK TENGOK DIA MELOMPAT
DIA AKAN TERUS MELOMPAT TANPA MEMPERDULIKAN
ORANG LAIN..

aku teringin nak kongsi dengan korang tentang kisah seseorang
yang kini aku rasa sudah mencapai sedikit kejayaan
yang hanya bermula dari modal rm50
sehinggan mampu pakai merc hari ini
dan mampu membuat loan pinjaman hampir 3 juta di usia 25 tahun
KAU BOLEH?
ok takpe next time aku kongsikan
aku taknak korang penat baca karangan aku yang panjang ini dalam 
masa satu hari

*KORANG AKAN LIHAT SIAPA LAWAN
DAN SIAPA KAWAN DI SAAT KORANG 
DI BAWAH :)




No comments:

Post a Comment