bergossip tanpa dosa

bergossip tanpa dosa

Wednesday, January 30, 2013

kenapa aku kerja sendiri??

aku duduk kat rumah ni bukanlah aku hanya focus 
dengan business 24 jam,
aku haruslah buat kerja rumah dah nama kerja dirumah
aku hidup macam anak dara lain
mengemas,memasak tu kadang-kadang dan paling
penting aku jaga 2 anak buah aku si beeha dan arrazi
dan seorang lagi haikal anak umi mengasuh

memang ini juga cabaran untuk aku
macam korang kerja kat luar cabaran dengan bos yang jelik
rakan sekerja yang kepochi dan mungkin dugaan berat
suka MENGUMPAT
jangan taknak mengaku~
jadi aku anggap bebudak yang kadang-kadang menangis mohon diberi 
susu,mohon di enjut kan buaian,mohon dilayan
dan mohon dibasuh berak adalah cabaran aku BERJAYA.

baru-baru ni aku terlahir satu perasaan resah dan marah
okey umi memang biasa memberi sokongan
namun tetap kadang-kadang meluahkan sokongan
untuk aku minta kerja kerajaan,dan automatik aku akan tarik muka
dan bila aku cakap yang aku tetap nak kerja sendiri dan 
cerita baik-baik nya kerja sendiri umi angguk.
lain pulak cerita ayah
konon aku ada degree dia hanya mahu aku
jadi seorang pegawai tinggi dan gaji 5 6 ribu
banyak sangat ke beb nilai  5 6 ribu tu?
cuba korang tanya atau interview orang yang tinggal dirumah
nilainya berjuta,ada yang kerja pegawai kerjaan x?
kalau ada mri dan potong kelingking aku..HOHO
kerana sesiapa yang rumah nya besar sampai berjuta
siap sedia untuk dipanggil spr la beb..
dan melalui teori aku yang duduk rumah sejuta tu mesti berbusiness
tolonglah akui walaupun berat.
setiap kali balik kerja ayah akan tanya aku dah isi ke belum spa?
bila nak minta kerja?
orang lain dah jadi pegawai...
kadang-kadang aku sedikit down dengan perkataan ni
tapi aku boo layan
ini lah masanya aku kena buktikan yang aku mampu 
berdiri dan berjaya dari mereka yang bergelar pegawai.
lagi berjaya dari mereka yang ada gaji 6 7 ribu itu
kerana aku manusia yang mampu dapat 20k sebulan
aku CABAR diri aku!
aku dah berjanji takmahu minta duit dengan ayah
ok fine!kalau aku minta jugak kira aku memang perlukan
bantuan..
business sometimes bukannya tetap di atas
mesti ada jatuhnya..ok arrazi dah menangis
cabaran dan ujian lah tu.
bila terfikir keadaan anak sendiri yang kita nak kena tinggal
dekat indon,bibik,pengasuh mesti serabut.yelah pengasuh baik takpe
kalau yg x baik?
kakak2 aku untung sebab duduk dengan umi
tapi sampai bila emak kita kena menjaga anak kita?
jadi inilah hikmah bila kita berniaga sendiri,kita tolong mak
kita tolong adik beradik,mungkin hari ini kerja kita nampak 
mudah dan dipandang endah x endah,
tapi kejayaan yang datang siapa tahu kan??
okey sambung nanti arrazi dah menanges makin kuat
XOXO

Tuesday, January 29, 2013

kenapa aku kerja sendiri?

untuk pengetahuan semua aku dan sejak aku tamat praktikal
dan hanya duduk di rumah menyiapkan thesis 
sehingga tamat degree aku hanya duduk dirumah
bukan duduk terkangkang tanam anggur
bagi aku,aku x pernah merasa sebagai APA ITU PENGANGGUR?
dan aku x mahu merasa nervous untuk di interview
dan serabut mencari kerja sana sini
bagi aku kerja sendiri like a bos itu lagi best!
dan kenapa aku seorang pelajar business x buat business?
kenapa setiap mentality kita lepas belajar mesti
buat resume,mesti interview untuk bekerja dengan orang?
ada yang cakap kerja dulu dan cari pengalaman
nanti baru bukak firma sendiri
jadi apa salahnya kita bermula dengan ZERO
kita rasa sakit jatuh dan bangun
adakah itu bukan pengalaman?
oh yeayh,korang ambil course lain
bukan business...jadi hanya budak business je kena buat business?

ok bagi aku cerita kisah aku sekejab
sebagai anak remaja kenapa aku buat business pada mulanya?
sebab aku takde duit
dalam akaun kosong,tapi naluri mahu enjoy,shopping dan 
bersuka ria dengan kawan-kawan begitu kuat
takkan setiap kali nak keluar "ayah umi bak rm50"
kalau mak pak cap duit takpa la cek
jadi sampai bila kena duduk dirumah untuk ada duit?
sampai dapat kerja dan ada gaji bulanan?
aku pulak masa degree memang x rajin study
jadi pointer aku biasa-biasa aja,dan aku pegang prinsip
POINTER IS NOT EVERYTHING
kalau kau rajin mesti pointer tinggi
kalau malas rendah,jadi pointer rendah x semestinya x berjaya unless
kau pemalas cari duit..
jadi aku ni pulak malu dengan pointer sendiri yang hanya atas pagar orang kata
jadi aku cuba merangka macam mana aku boleh hidup
tanpa perlu berdepan dengan interview dan tayang pointer aku yang x seberapa itu!
bermodalkan pinjaman hutang dari umi
aku berjaya bayar balikhutang tu dalam masa sebulan,oh lagipun
aku hutang taklah beriban dan banyak mana
aku bermula dengan modal kecikk sahaja

dalam masa 2 bulan,kejayaan pertama aku
aku mampu beli blackberry yang aku idamkan hew hew
blackberry murah aja,tapi mampu miliki hanya kerja dari rumah.
itu yang aku cuba highlight bukan kisah BB aku yg x seberapa
kemuadian dalam bulan ke-3 aku sudah mula
mengorak langkah menambah produk kedua
dan yah..makin banyak modal aku laburkan untuk berniaga
aku masih x fikir utk simpan duit untuk kawen mungkin
aku cuma tahu bila aku nak guna duit tu,duit tu ada
aku x rasa kering dan pokai
bagi aku banyak keluar banyak masuk
aku cuba kongsi pendapatan aku dengan umi dan ayah
walau x mampu bagi lagi rm1000 sebulan insyaALLAH 
kene mampukan juga lagi beberapa bulan kot
aku bolehlah beli ikan kembung rm10,support beli syampoo dirumah
dan isi minyak bila keluar
yaahh aku masih bersyukur kerana aku x meminta-minta atas dasar ENJOY
kerana aku ada hasil aku sendiri dan paling best
aku hanya duduk dirumah dan boleh jugaklah nak terkangkang pun

dan kejayaaan kedua aku insyaALLAH bakal menyusul
tapi aku tak mahu cerita atau kongsikan lagi,bagi aku berjaya 
dulu,tapi tetap million terima kasih pada umi dan ayah atas sumbangan 
bantuan mereka
tanpa mereka apalah aku..hew hew
ok next pos aku akan kisahkan kejayaan kedua aku
dan adakah memang aku berjaya hanya duduk terkangkang online 
dirumah?
tunggu ya
XOXO


Friday, January 4, 2013

BUSUK HATI

tadi kan masa tengah basuh-basuh pinggan kan
tetibe teringat kisah-kisah bersama orang yg jenis 
hati busuk hangit
busuk lagi kot dari hangit

masa kite baru mula-mula pindah kat klang
ada la seorang kakak ni mintak umi tolong 
jaga anak-anak dia sebab dia kerja
nak cerita kisah sebelum dia hantar ana-anak dia dekat umi
ada seorang mak cik ni kira jiran kite la
die yg jaga anak-anak makcik ni dulu
since kecik la x silap
pastu bilak budak-budak tu dah besar dan nakal
then kakak tadi tu beranak dapat anak baru
so total anak dia jadi 3 orang 
dia cakap dengan kakak tadi die tak mau jaga dah bebudak tu
sebab tak larat..

ok..kakak tadi cari la penjaga baru which is UMI la
then umi ambik la.
memang sejak tu rumah kitaorang ada bebudak
kiteorang adik beradik memang dah besar-besar dah
tetiba mak cik tadi tu jeling umi semacam
bila ada kenduri takmahu tegur umi
rupanya die bengang umi curik anak-anak asuhan die
heh??
padahal dulu dia yang dah takmahu jaga bebudak tu
bila dia tengok bebudak tu ok dengan kiteorang then yg si baby 
tu bapak comelnye..sebab tu la kot die jeles
ahha..tula lelankali bebudak nakal anggap la normal
nama bebudak kenn
tapi umi ni jenis tak kisah..dia tegur jugak
orang taknak cakap die cakap je
lama-lama makcik tu ok la..lagipun bukan salah umi pun kan?

aku ada mak cik which is my little sister for my ayah
die ni..lagi lah busuk hati
sorry to say la
tapi makin aku besar aku dah makin getik la
nak jadikan cerita memang banyak la die buat yg 
membuatkan umi makan hati..kita anak-anak ni
kalau dapat green light terajang die memang aku buat
tapi tak boleh la sebab umi takkan bagi
umi..memang macam tu..buat-buat macam hati kental
tapi dalam hati kita tahu la..
aku malas nak cerita kisah hati busuk dia dulu-dulu
aku nak cerita yang paling terbaru dan terbaik..






















okey korang tengok ye gambar kat atas
so aku nak cerita kejadian di sebalik gambar ni
mak cik aku ni dah ada FB..baru je buatnye pun
so satu hari tu dia upload gambar kuih yg mcm dalam gambar tu
pastu abang aku pun share la,..dan dia tulis "sapa nak order kuih bangkit
santan makanan tradisional"
pastu korang tengok sendiri la apa dia balas kat komen tu
huarghhhhhhh

so..takpelah..masing-masing senyap taknak kecoh
mungkin dia tak faham kenn
pastu ayah aku balik kampung itu hari
rupanya dekat belakang di kata macam-macam la pasal kiteorang
adik beradik dekat ayah aku
actually dia tak tahu yg kiteorang sempat print screen benda ni
bila ayah balik klang,dia tanya la betulka kiteorang ni hina kuih dia
haaa..nasib baik bukti ada..sebelum ni dia memang biasa mennyepin
kan ayat orang,pastu sesuka kata kita cakap kerling
ayah aku pun dengan beraninya post gambar ni dekat wall dia
hambek..terus dia x senang duduk..pum pang la kata kami ni fitnah dia
ko nak tahu last sekali dia kata apa
"MULAI HARI NI AKU DAN ANAK AKU PUTUS HUBUNGAN 
DENGAN KAU DAN ANAK-ANAK"

HAHAHAHAHAHAHA
so..korang judge sendiri la ehh macam mana ending nya
and of course parents aku kata apa
"yang penting kita mesti balik kampung untuk jumpa atok"
lupa nak cakap die ni tinggal dengan atok aku
so..sokongan die kuat sebab atok aku paling sayang dia
semua dia yg betul
so..klu ko gaduh dengan dia,confrm akan gaduh dengan atuk
HOHO..